Friday, December 16, 2011

"Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, buruk padahnya"

Berapa ramai umat manusia kat dalam dunia ni sedar dengan pepatah kat atas ni?
Kebanyakannya bila seseorang nak spill out something, main sedap mulut saja.
Tak kira siapa. Tua atau muda, ada pertalian atau tidak.

Diri sendiri pun pernah mengalami.
Pun pernah terlajak kata, apatah lagi di lajakkan.


Susah juga nak story kat sini.
Nanti ada yang kata saja nak buka pekung di dada.
Bukan semua orang faham dan mengerti niat kita.
And kebanyakannya tak kan faham.
Kalau faham pun, mungkin ada putar belitnya.
Nanti, akan ada lah yang terbelit.


Apa-apa pun, tak kira lah sesiapa sahaja, sebelum berkata-kata, kita kena bagi salam dulu.
Paling-paling pun, tengok kiri kanan.
Bukan dengan emosi.
Sebab aku sendiri pun, setiap kali aku di kata macam-macam oleh orang...

"Que sera-sera.. what will be, will be"

Sunday, December 11, 2011

Life as we know it

You call it boring
You call it drama
You call it cliche
You call it too much spice
But.. as for me
I call it life.. and Welcome Aboard!!


"Ini hikayat sebuah bicara... bicara bumbung namanya..."


Al-Ankabut (29:2) - Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum di uji?
- ayat yang di pegang mengubat luka bila hati di uji.. when faith is put at test. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar.. Itu janjinya..


Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, durinya tetap ada..

Kadang-kadang.. calamity tu datang and waktu tu kita rasa macam kena gelek ke bumi oleh ahli sumo..
Rasa macam dah tak mampu nak bangkit..
Tapi, waktu apa pun yang jadi,ingat apa yang Dia selalu pesan.. Allah tak kan bebankan hambanya dengan apa yang kita tak mampu hadapinya.

No matter what, no matter when, no matter when it doesn't at all make sense, do not leave your love letter's compilation, which is kita punya ultimate life manual, the holy Quran. It is the last thread to  sanity even if everything else failed.


Bak kata Hemingway.. "Life breaks us all, but its in the end, we are stronger in the broken places"


And true.. Things are easier said than done. Berat mata yang pandang, berat lagi bahu yang nak memikul. So, yakin la pada Dia, Allah Azzawajalla..
Allah protects those spreading love through its glory..

Where are those who love one another through my glory?

Today, I shall give them shade in my shade, its being a day when there is no shade but my shade. 

[May Allah Bless]

Saturday, November 26, 2011

Bluekkss

Kembali bersiaran setelah lama mengambil cuti rehat.
Cuti rehat aku kali ini rasanya memang lain compared to the usual one.
My working contract has ended.
Well, some might feel uneasy, but not me.
I feel B.L.E.S.S.E.D
Thanks a gallon to 'those' who've made a brilliant decision.
Now I can say anything any words.
What people gonna say behind my back, terpulang.
Dosa masing-masing.
Biasalah, lumrah manusia.
Orang lain semua tak betul, semua tak kena.
Diri dia aja yang kononnya sempurna, baik, matang dan tahu serba serbi.

Hah, tadi masa kat kedai, memang banyak benda yang aku nak tulis.
Tapi sekarang rasa macam tak tahu nak tulis apa.
Now I'm at the nearest cybercafe in seksyen 7.
Asyik terkejut dengan dorang duk menjerit main game.
Nasib baik kak ngah pakcik zul ada to keep me company. LoL

Perhaps aku kena buat karangan awal-awal before post it here.
Sebab memang aku ada TERLALU BANYAK hal yang nak tulis.
But it's stuck!
Ok, will get back again when they are ready to come out.


Thursday, November 3, 2011

K what??

K-songs, K-Dramas, K-Movies
All about Ks..
Whenever people is talking about those things, I would go on a straight face. (-__-)
I know nothing about K-songs, dramas and movies.
Hah?? apa itu K??
K as in Korean - LoL
But I'm dying to visit Korea.
One fine day, InsyaAllah.


My youngest sister is a big fan of one Korean actor/singer, Kim Hyun Joong
Mula-mula, rasa menyampah jugak la..
Die hard fan of Kim Hyun Joong konon..
Bukan boleh menjamin straight As in SPM pun - that was what I always perli her on.


Well, it started when one of my colleagues in office introduced me with one website in which consists of whole loads of latest (sort of) Korean Dramas - Hamaigadddd..
And that is where I got addicted with it
So, should I blame her for introducing it to me? or myself for being addicted - LOL


Previously pun, bukannya HM tak tengok langsung drama Korea ni.
Tengok aje.
And adela jugak sampai beli VCD untuk di jadikan as my collection.
I really really heart "Couple or Trouble" punya drama.
And.. 100 days with Mr.Arrogant..
Owh, and not forgetting, My tutor ..... (unable to recall the full title of it)
Tapi, yelah, sekadar tengok jela kan.


Tapi, everything is changed after I watched "Wonderful Life", "Full House", 'Dalja Spring", and of course...... "Boys Over Flower".
Argghhhhhhh!!!!!

And then I realized that I fell in love with 2 actors - hihihihi (gelak gatal)
Lee Min Ho - starring as Gu Jun-pyo in Boys Over Flowers
and..
Kim Jae Won - Starring in Wonderful life and of course in my favourite drama, 100 Days with Mr.Arrogant

Let's enjoy photos below.

What a heart-melting smile he has.
 
 
 
Kim Jae Won starring in Wonderful Life. This is a nice drama to watch too.



(=n_n=) It's Lee Min Ho guys!! *awww*



LMH again with his heart sign! Owh I heart you too LMH!!
 
 
 
He has an attitude!!


LMH starring in Boys Over Flowers. I heart this drama damn much!!


-----------

(=n_n=)

Gila kah aku kerana jatuh chenta sama mereka?
However, my love towards my hubby is unbeatable.


Tak tahu kenapa minat mereka berdua ini - hehehe (senyum gatal)

Fell in love with Kim Jae Won when I first watched 100 days with Mr.Arrogant.
Basically, HM suka pada ke'cute'tan wajahnya tu sebenarnya.

Lee Min Ho pulak, semuanya gara-gara Boys Over Flowers.
His role as Gu Jun-Pyo yang super berlagak tu telah berjaya mencairkan hati ku ini.
Dalam berlagaknya, ada kelembutan jiwa dan ke'romatic'kan dalam dirinya.
*awwwww*

ye! cukup-cukup lah berangan Puan HM oiii....
Kalau berangan, memang tak kan habis.
Apa-apa pun, Kim Jae Won, Lee Min Ho, SARANG HAE!!!!!!!!!!

 




Sunday, October 30, 2011

Betullah orang kata.
Dugaan ni, nak datang tak tentu masa
Bila tengok kita aman damai selesa tempat duduk, zaaaaap!! dugaan datang.
hmmm..

Assalamualaikum.
Sebelum buka bicara dengan lebih lanjut.
Nak juga lah bagi synopsis sikit dengan entry HM kali ni.
Berkisah tentang kehidupan kita yang semakin hari boleh tahan dugaan dan cabaran datang yang memerlukan kita mencari jalan penyelesaian.
And setiap langkah dan keputusan yangt kita buat tu mestilah berlandaskan keimanan, bukan perasaan semata-mata.

Dugaan tu bermacam-macam jenis.
Macam iklan Astro la - macam macam ada..
Pelbagai rupa dan bentuk (macam la boleh tengok dan pegang).
Aku sendiri pun tak pernah lepas dar dugaan.
Dugaan dalam hidup suami steri, dugaan dengan mak ayah, dugaan dengan adik-adik, dugaan dengan mak abah mentua, dugaan di tempat kerja.
Kita menyorok la kat celah mana pun, dugaan itu tetap akan datang.

Bulan ni aku rasa antara bulan yang paling banyak dugaan. Tak terkira.
Dugaan diri sendiri, dugaan suami, dugaan family, dan dugaan kawan-kawan sekeliling.
Kalau dugaan orang lain, HM la yang jadi tukang mendengar dan bagi pandangan.
Kalau dugaan sendiri, sendiri mau hengat la. (n_n)

Apa-apa pun, apa yang pasti, aku sekarang tengah menunggu hari.
Bukan menunggu hari untuk bersalin, tapi menunggu hari untuk pergi dari satu tempat.
Satu hari nanti, korang akan tahu HM pergi dari mana dan kemana.
Mungkin HM tak sesuai untuk berada di tempat itu.
HM sendiri pun tak tahu kenapa HM tak boleh nak perform and jadi diri sendiri kat tempat situ.
Pengaruh orang lain?
Rasanya tak ada kena mengena.
Dia is dia, aku is aku.
Dia tak mempengaruhi apa-apa pun.

HM cuma mengharapkan bila berada di tempat baru nanti, HM dapat jadi diri HM sendiri.
Seorang yang easy going, happy go lucky, gila-gila, banyak cakap, suka bergurau, suka menyakat.
Ahhh.. HM sangat rindukan diri HM.
Rindukan diri HM yang suka fight untuk keadilan.
Melawan kalau sesuatu tak betul.
Suka beri pendapat samada logic atau tak logic.
Suka menegur dan di tegur.
Untuk satu-satu tempoh, HM dah bekukan diri HM.
Sekarang, sudah tiba masa untuk HM unfreeze kan balik and BE MYSELF!!
HM akan buktikan pada-pada mereka yang tanggapan mereka pada HM selama ini SALAH
Ada lori ada bas, sampai hari HM balas
Nak balas apa pun tak tahu.. HAHAHA.
Tapi tak apa, HM bukan pendendam.. Apa yang jadi, biarkan terjadi.
Hak masing-masing.. Betul tak?

Ok, nampaknya HM dan start melalut.
Sudah sampai masa HM stop sebentar untuk buat kerja.
Tadi HM tak boleh nak buat apa-apa.
Tak boleh nak fikir apa-apa.
Mood memang dah totally off.
Hati pun sudah mati.
Terima kasih pada Yaya Zainal, Jenny Rosli dan Matsyumiya yang sentiasa tak henti-henti bagi semangat, bagi pendapat, sudi mendengar rintihan HM, sudi spend time dengan HM, sudi dengar kemelalutan HM, idea mengarut HM, dan yang paling penting, terima kasih kerana buat HM ketawa dan tidak seorangan.

Talian persahabatan ini akan HM kenang sampai mati.


Wednesday, October 5, 2011

Spiral pasta with Beef bologneise

Lama tak hapdet kan?
Tak ada masa, in which aku sendiri pun tak tahu apa bikin.
Tadi, I was browsing around kat photos folder in my phone, and terjumpa jugakla photos yang mengandungi gambar-gambar makanan yang tiba-tiba aku rasa rajin nak buat.
So, dari aku peram je kat dalam phone tu, tetiba terkeluar idea untuk tulis je kat dalam ni. Mana la tau kut-kut ada yang passing thru nak tengok. Betul tak?

Well, kalau ikut aku, memang tak ada sukatan mukatan ni. Main belasah campak ikut sesedap rasa je.
Untuk buat Beef bologneise ni takdelah susah mana pun. Pejam mata je.
So, bahan-bahan yang perlu di sediakan before berdangdut di dapur,

Bahan-Bahan
Minyak masak cap Buruh / Olive oil (ikut mana ada)
Minced Beef / chicken (amount, ikut suka nak byk mana. Kalau aku, biasanya guna sepeket Ramly Burger punya minced beef. Depends on berapa ramai nk makan. Guna sepeket utk 10 org makan, melampau la kan)
Seplastik Spiral Pasta San Remo (atau yang sewaktu dengannya, ikut suka)
Setin Tomato puree atau Sebotol readymade traditional pasta sauce by Campbell ke, Prego ke, suka hati la. (i like to use readymade traditional pasta sauce)
Beberapa biji fresh tomatoes (Dlm 4/5 biji, ikut berapa byk nak. Potong 32.. LOL mcm potong ayam je bunyi. Kira potong kecik la)
Bawang Putih (about 4 ulas camtu - chopped)
Oregano
Garam
Gula


Basically, itu lah sahaja bahan-bahan yang di perlukan.

Sementara tu, panaskan air dalam periuk, bila air menggelegak, rendamkan tangan korang dalam tu. hehehe.. gurau je. Bila air dah boiling, masukkan Spiral pasta korang. Spiral pasta ni sekejap je dh boleh masak. Tak lama. Bila pasta dah lembut, tos kan, and masa tu, terus gaul pasta tu dgn sesudu minyak masak. Kalau nk sedap, guna Olive Oil la. Tujuannya, supaya pasta tu tak bercinta dengan one another (melekat laa..). Bila dah siap, ketepikan.

Jom ke next step pulak. First of all, cuci lah minced beef/chicken korang tu. Lepas cuci, terus masuk ke dalam periuk korang tu. And aku suka campak sekali dengan chopped bawang putih sekali dengan chicken/beef tu. Jangan lupa taruk minyak sikit ye.

Masak sampai kering air, bila dah kering air nya (jangan la sampai garing ye), masukkan sos pasta yang readymade tu atau tomato puree korang.
ok, explanation sikit. Please take note ye, tomato puree tak sama dengan readymade tradtional pasta sauce tu tau. If tomato puree maknanya korang kena tambah oregano sendiri, and few english herbs yang berkaitan macam chopped basil leaves, etc (ekceli, letak oregano saja pn dah sodap dah). Tapi, kalau guna sauce readymade ni, korang dah tak perlu tambah apa2 dah. Just tambah ayam/beef, bila masak, hidang. Tp, walau apa2 pun, aku tetap tambah tomato and Oregano jugak untuk kasi dia lagi kick gitu..

So, bila dah mula menggelegak, aku masukkan fresh tomatoes tadi. Tambah air sikit so that takdela pekat sangat nanti.
For those yang menggunakan Tomato puree, aku tak galakkan sangat korang tambah fresh tomatoes dalam tu. Takut nanti susah nak adjust rasa nanti. Kalau guna yang readymade tu, boleh tambah fresh tomatoes.

sambil-sambil tu, masukkan lah sekali serbuk oregano. Kalau yang ada Oregano flakes pun, masukkan sekali. Lagi sodap.

Masak lah bologneise sauce tu sampai fresh tomatoes pun ala-ala dah hancur sikit. Masa ni la korang dah boleh adjust la ranya by addng in some salts and sugar inside. Gula tu jangan banyak sangat ye.
Kalau rasa masam sangat tu, tambah la gula. And mana yang tak rasa Oregano tu, tambah la lagi serbuk Oregano. Tak susah pun. So, hasilnya..................

taraaa... My Spiral Pasta with Beef Bologneise.